
Sulit
4 tahun
Tanda tanda kanser serviks. Apakah saye kena buat doktor? Perg klinik swasta ke hospital dalam keadaan penyakit corona
Saya wanita umur 21 tahun… Sye kerap ketika bersetubuh keluar darah… Adakah itu tanda tanda kanser serviks…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, perdarahan setelah berhubungan seks boleh terjadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda boleh pergi ke mana-mana klinik untuk mendapatkan pemeriksaan peringkat awal dahulu, jika doktor menilaikan anda perlu membuat siasatan lebih lanjut oleh doktor pakar, doktor di klinik boleh memberikan anda surat rujukan untuk kemana-mana hospital yang menerima kes baru di waktu COVID-19 ini.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.