Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor bertauliah | |
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia | |
Privasi Terjamin | |
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak | |
Pantas Dan Cekap | |
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara |
Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni
Sukar untuk membuat aktiviti harian kerana peluh terganggu oeluh berlebihan ingin mendapatkan rawatan di hospital/klinik yang berdekatan dengan rumah saya bukit beruntung,rawang,selangor
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kuat berpeluh atau lebih dikenali sebagai hiperhidrosis adalah keadaan yang menyebabkan seseorang berpeluh dengan banyak. Peluh boleh berlaku dalam apa jua situasi seperti cuaca sejuk atau tanpa pencetus sama sekali. Ia juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain seperti ‘menopause’ atau hipertiroidisme/‘hyperthyroidism’. Hiperhidrosis boleh menyebabkan ketidakselesaan.
Hiperhidrosis boleh dibahagi kepada “idiopathic hyperhidrosis” dan “secondary hyperhidrosis”.
Tiada ubat untuk hiperhidrosis idiopatik, namun, ada cara untuk membantu atasi gejala peluh berlebihan, antaranya:
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.