
ayu.princess.89
5 tahun
Tangan kerap mengalami kebas
Salam sejahtera doktor.Saya seorang suri rumahtangga,berumur 30 tahun.Saya nak tanya.Kebelakangan ni kerap sangat tangan saya naik kebas.Lebih- lebih lagi bila saya buat kerja rumah spt memasak,mengemas rumah,dan sebagainya.Kadang-kadang tu masa saya mencuci pinggan,tetiba tangan naik kebas.Sedikit sebanyak menggangu kerja harian/rutin saya.Malam bila tidur juga tangan naik kebas secara tiba-tiba sehingga mengganggu tidur.Adakah ini kerana kolestrol?kerana berat badan saya agak berisi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tangan kebas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kencing manis
- Carpal Tunnel Syndrome
- Cervical syndrome
- kekurangan vitamin
- akibat ubatan
- toksin
- masalah buah pinggang
- leprosy (kusta)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.