
Sulit
4 tahun
Tanya tentang HIV simpton
Salam sejahtera, saya lelaki dan dalam 1 minggu ini saya dapati berak saya macam air tapi ada biji2 berak kecil. Dalam 7 hri setiap hari ada 1 or 2 kali berak. Berak warna brown kuning mcm tu. Dan saya dalam keadaan window period. Saya juga melakukan rapid test dan result adalah negatif. Ada ker rapid test result adalah benar atau tidak. Window period sudah 18 hri. Adakah ini simpston hiv? Mohon bantu tuan puan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai dan terima kasih atas soalan anda.
Terdapat dua peringkat untuk simptom jangkitan HIV. Dalam masa 2-6 minggu selepas dijangkiti virus, sebilangan pesakit akan mengalami tanda-tanda seperti demam, sakit tekak , batuk, sakit otot, sakit kepala, cirit-birit, bengkak kelenjar limfa, letih, ruam, sakit sendi dan turun berat badan.
Pada peringkat ini, pesakit selalunya kelihatan sihat walaupun HIV positif. Walau bagaimanapun, pesakit boleh merebakkan virus ini kepada orang lain. Virus HIV ini akan memusnahkan sel imun badan yang dipanggil CD4. Apabila sel ini semakin berkurang, pesakit akan menghidap penyakit berpeluang, dan ini dinamakan gejala AIDS (Acquired Immuno Deficient Syndrome). Ini akan mengambil dalam masa 8-15 tahun. Gejala yang mungkin dialami ialah:
• Ruam
• Jangkitan system pernafasan
• Jangkitan paru-paru yang teruk dan batuk kering
• Cirit-birit yang kronik
• Jangkitan kuman pada otak (toxoplasmosis)
• Jangkitan kulat
• Kanser (Kaposi’s sarcoma)
Jika seseorang itu mngesyaki mereka mempunyai jangkitan HIV, ujian antibody HIV boleh diperolehi di mana-mana klinik atau hospital. Ibu mengandung juga disaring untuk jangkitan HIV untuk mengurangkan jangkitan kepada anak.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.