
Sulit
4 tahun
Tanya tentang vitamin tambahan
Hi dokter, mak ada obat vitamin b complex, dokter pakar bagi lepas discaj dari hospital, boleh ke saya tambahkan dengan vitamin berocca yang saya beli dari farmasi, sebab obat dari hospital kurang infec nya. Apakah saya perlu benti makan obat dari hospital dan teruskan makan vitamin berocca?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sukar untuk saya menyatakan jika ibu anda boleh ubat atau supplemen yang anda nyatakan tanpa mengetahui beberapa maklumat kesihatan tentang ibu anda. Maklumat ini penting untuk mengelakkan daripada ibu anda mengalami masalah kesan sampingan atau komplikasi. Oleh itu, saya sarankan anda untuk menggunakan ubat atau supplemen yang diberikan doktor sahaja.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.