
Sulit
3 tahun
Tarikh sebenar datang haid bulan berikutnya
Doc… Nk tnya…
Bln 5 haid sy dtg pd 16hb - 23hb… Untuk bulan ini brpe haribulan ia akn datang yer…
(bln April 7hb - 14hb)
Mohon jwpn doc…
Ingin tahu
Terima kasih

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasraakan keterangan anda, anda ingin mengetahui tarikh sebenar datang haid pada bulan berikutnya. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda kitaran haid yang normal adalah apabila jarak antara dua kitaran sebanyak 21 hingga 35 hari. Lebih atau kurang dari jarak tersebut boleh berhubungkait dengan kitaran haid yang tidak teratur serta sukar untuk diramalkan. Fenomena seperti ini boleh disebabkan oleh
- Faktor stres
- Kadar hormon yang tidak seimbang
- Penggunaan pil perancang
Namun begitu ia juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius serta memerlukan pemerhatian doktor, seperti
- Polip atau fibroid rahim
- Endometriosis
- Keradangan pelvis
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.