
Sulit
5 tahun
Tekak Brkahak Dan sakit dada
Salam sejahtera, sy ingin bertanya dh sbulan lebih tekak sy rsa x sedap brkahak yg susah nk hilang & dada sakit dsebelah kiri Dan tangan kiri rse lenguh

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah tekak berkahak boleh disebabkan oleh:
- Tekak kering akibat persekitaran dingin seperti bilik berhawa dingin
- Kurang minum air
- Mengambil minuman sperti kopi, teh dan alkohol
- Merokok
- Pengambilan ubat tertentu
- Terdedah kepada habuk atau allergen
- Jangkitan kuman
- Radang tekak
- Makan makanan pedas, berlemak atau berminyak
- Lendiran dari rongga hidung yang turun ke tekak “post nasal drip”
Sakit dada pula boleh disebabkan oleh:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.