
rajaadlan99
4 tahun
Tekak Gatal dan Sentiasa Batuk Berkahak dan Kering
Saya lelaki berusia 21 thn. Saya dah 2 minggu mengalami tekak gatal tapi setakat ini saya ke tempat kerja dan jumpa kawan, mereka tiada jangkitan apa apa lagi. Adakah ianya tekak gatal biasa? Kadang kadang berkahak dan ada juga kering. Apa saranan doktor untuk pengambilan ubat seharian? Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu gatal pada tekak. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Gatal tekak boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Jangkitan kuman
- Radang tonsil
- Radang tekak
- Kecederaan pada tekak akibat batuk atau makanan
Sememangnya keadaan ini amat tidak menyelesakan, anda boleh melegakan kegatalan tekak dengan cara:
- Gargle dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenge
Sekiranya kegatalan tekak tidak berkurangan atau bertambah teruk, sila dapatkan nasihat lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.