
Sulit
3 tahun
Tekak gatal selama 2 bulan
Tekak saya sentiasa gatal, terasa kering dan tak selesa, saya perlu batuk banyak kali untuk legakan sedikit tekak yg gatal ni. Dan saya juga pernah makan ubat batuk dan gula2 strepsils. Tapi seperti tiada kesan. Kadang terasa pedih. Simptom ni dah berlaku nak masuk 3 bulan tanpa henti. Apakah yg saya perlu buat? Adakah saya perlu rujuk ke doctor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Post-nasal drip
- Alahan hidung
- Radang resdung
- Radang amandel
- Penyakit tekak atau esofagus
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.