Sulit
2 tahun
Tekak keluar benda warna hijau cair
Hi doctor, saya nak tanya saya batuk batuk tiba tiba keluar biji bulat tapi lembut berwarna hijau cair keluar dari esofagus.Apakah itu kerana pernah juga berlaku.Dia berbau busuk.Rasa mcm dari hidung pun ye.p
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami faham tentang masalah yang hadapi ketika ini iaitu keluarnya biji bulat lembut yang berwarna hijau cair ketika anda batuk. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah sedemikian biasanya dikaitkan dengan beberapa penyebab, antaranya ialah:
- lendir kahak yang menggumpal
- sisa makanan dari saluran pemakanan
Namun, perkara ini juga boleh disebabkan oleh penyebab yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, termasuk:
- Jangkitan sistem pernafasan atas akibat virus (Viral URTI)
- Tuberculosis (TB)
- Jangkitan paru-paru (Pneumonia)
- Kanser paru-paru
- Asma kronik
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara telekonsultasi bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap supaya jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih