
Sulit
4 tahun
Tekak rasa terbakar bila telan air liur,bibir merah,lidah pecah
Tekak rasa panas ,bibir merah dan luka,lidah rasa
tidak selesa dan pecah,hidung tersumbat dan sedikit
batuk yang tidak terlalu kerap,kadang2 ada cecair
masam naik ke tekak,kerap sendawa…adakah
ia gerd atau gejala covid-19

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit tekak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang tonsil
- Jangkitan bakteria/virus di tekak
- Tekak luka akibat batuk
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Kurang minum air
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.