dalemakeover
3 tahun
Tekak Rasa Tersekat Sesuatu
Hi Dr…sya nak tnya kenapa sy rasa tekak tersekat sesuatu Dan bila nak telan air liur susah nak telan tapi tak sakit… kepalaa juga ikut sakit… anything I should do or consume?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus lain seperti virus influenza
- Radang tonsil
- GERD
- Trauma pada tekak
- Tertelan bendasing
- Ketumbuhan di tekak
- Stricture di tekak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.