n.atiqah3107
4 tahun
Tekak sakit jangkitan bakteria
Assalamualaikum Dr.sy sabtu baru ni sy mula demam on off dan tekak sy mulai sakit…hari selada sy pergi berjumpa dgn doc sbb sakit tekak sy mcm makin teruk…sebelum ni sy cuma mkn paracetamol…doc tgk tekak sy teruk kena jgkitan bakteria…sbb bengkak & bernanah…doc bg sy ubat antibiotik, ubat sakit tekak, ubat demam, ubat kumur…demam sy naik smpi 39deg bila kesan ubat dah abis (8jam)…sy dpt mc 2 hari untuk rehat…
Soalan sy : berapa lama tekak untuk sembuh dari bengkak & bernanah…apa langkah berjaga-jaga untuk saya elak dari sakit tekak ni berulang… sbb sy rase sy 3-4 kali kena sakit tekak tahun lps…dan skrg sakit tekak yg plg teruk…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai cara untuk mengatasi masalah sakit tekak tersebut. Antaranya:
- menghabiskan antibiotik mengikut arahan doktor
- menjaga kebersihan untuk mengelakkan jangkitan virus/kuman
- makan makanan sihat
- bersenam
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.