
Sulit
4 tahun
Tekak sentiasa berkahak walaupun tidak batuk. Bila dikeluarkan ia mengeluarkan bau busuk
Dalam beberapa bulan kahak tekak saya berkahak dan bila dikeluarkan. Ia berbau busuk…tapi saya tidak demam. Hidung juga rasa berbau busuk…terutamanya waktu pagi…saya pernah Minta rawatan di klinik swasta, Dan diberi antibiotik…bau busuk hilang tapi akan kembali lagi selepas beberapa Hari. Ia membuat saya kurang selesa.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Pastikan kebersihan tubuh anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Antara penyebabnya boleh dikaitkan dengan:
- Plak pada gigi atau benda asing dalam mulut
- Kesan-kesan atau komplikasi merokok atau batuk kronik
- Jangkitan yang masih berkembang di dalam saluran mulut atau tekak
atau ganggaun yang khsus seperti
- Tonsilitis
- Sinusitis
- Rihinitis
- mahupun penyakit lain yang memerlukan pemeriksaan doktor
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Otolaryngologist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut dari pihak kami. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).