
Anonymous
5 tahun
Tekak Sentiasa berkahak
Saya wanita berumur 27 tahun. Saya bukan penggemar minuman sejuk dan selalu minum air yang suam, bukan penggemar makanan manis dan berminyak. Tetapi tekak saya sentiasa berkahak dan menyebabkan nafas saya juga berbau busuk sudah berlarutan selama 5 tahun ini. Apakah punca kahak tersebut sentiasa ada dan saya ingin tahu cara penyelesaian masalah ini.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Antara penyebab umum yang boleh menyebabkan tekak terasa sentiasa berkahak adalah:
- Tekak kering akibat persekitaran dingin seperti bilik berhawa dingin
- Kurang minum air
- Mengambil minuman sperti kopi, teh dan alkohol
- Merokok
- Pengambilan ubat tertentu
- Terdedah kepada habuk atau allergen
- Jangkitan kuman
- Radang tekak
- Makan makanan pedas, berlemak atau berminyak
- Lendiran dari rongga hidung yang turun ke tekak “post nasal drip”
Apabila berpanjangan pula, gejala ini boleh memberat disebabkan oleh adanya jangkitan kronik (lama, berpanjangan) ataupun reaksi alergi. Antara penyakit yang kemungkinan dapat menyebabkan kondisi ini adalah:
- Allergic rhinitis (alergi lapisan dalam hidung)
- Chronic rhinitis (peradangan kronik lapisan dalam hidung)
- Sinusitis (inflamasi/ peradangan rongga tengkorak yang dikenali sebagai sinus)
- Polip
- Jangkitan gigi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.