
Sulit
4 tahun
Tekak tak selesa dan panas berkahak
Hai…saya lelaki 30an…semalam dan hari ni… saya rasa tekak tak selesa telan air liur perit dan berkahak…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan adalah terlalu singkat, tidak jelas dan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal yang sebenar.
Sakit tekak dan mulut memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Umumnya sakit tekak boleh disebabkan oleh:
- jangkitan kuman
- inflamasi saluran tekak
- gangguan tonsil
- pengambilan ubat-ubatan yang tidak terkawal
- efek sampingan dari ubat (rasa mual)
- stress otot yang berlebihan (otot esofagus mencengkam)
- komplikasi dari penyakit saluran makan (i.e. gastrik, GERD, dll)
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Otolaryngologist kami sedia membantu.
Oleh itu, saya sarankan, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.