
Sulit
2 tahun
Tekak terasa gatal selepas 3 hari pembedahan tonsil dan capso
Saya wanita 24 tahun… 3 hari lepas saya menjalani pembedahan tonsil dan pembesaran ruang penafasan… Keadaan saya baik… Tiada demam… Luka tidak bleeding… Yang menjadi masalah sekarang adalah kenapa tekak saya selalu rasa gatal dan menyebabkan saya batuk? Batuk menyebabkan kesan pembedahan terasa sakit dan menyebabkan saya susah untuk menelan makanan… Terima kasih kerana menjawab pertanyaan saya…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, itu adalah perkara biasa setelah pembedahan. Jika terdapat gejala, seperti darah, demam, tidak boleh menelan air, atau nanah pada luka pembedahan, anda perlu terus ke hospital. Buat masa ini anda dinasihatkan untuk memakan bubur, sup, atau makanan lembut yang lain bagi memudahkan anda menelan dan memberi masa untuk luka anda sembuh.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.