
Sulit
4 tahun
Tekak terasa panas dan perut rasa tidak selesa
saya wanita bermumur 23 tahun sejak 2 ke 3 hari ni tekak saya rasa panas terutama makanan yg pedas dlm masa yg sama perut saya juga rasa kurang selesa kadang rasa penuh dan terasa panas kadang2. rasa panas tekak dan perut tak selesa ni berlanjutan hingga 2 ke 3 hari. saya juga ada sejarah sakit gastrik sblm ni.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, ketidakselesaan pada tekak boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Radang tonsil ( tonsilitis )
- Karang tonsil
- Radang tekak ( laryngitis atau pharyngitis )
- Masalah struktur esofagus
- Refluks asid atau GERD
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Manakala, masalah perut yang tidak selesa dapat disebabkan oleh,
- Refluks asid atau GERD
- Serangan gastrik
- Keracunan makanan
- Jangkitan usus
- Radang apendiks ( appendicitis )
- Radang pankreas ( pancreatitis )
- Irritable bowel syndrome
Segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala ini:
- Demam
- Loya
- Muntah
- Cirit-birit
- Najis berdarah
- Sembelit
- Penurunan berat badan
- Hilang selera makan
- Gejala mengganggu aktiviti harian dan tidur anda
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih