
thatrueairyen
5 tahun
Tekak tersekat dan depression
Saya 35tahun… ada sejarah pulang dr Indonesia 19/3 dan sekarang masih kuarantin kan diri di rumah sendirian.semalam sy terasa tekak saya ada gangguan…tersekat seperti tercekik tulang.selepas saya makan tart nenas …sy tiada gejala demam ,selesema dan batuk.cuma gangguan emosi… stress, takut, sunyi … adakah ini simtom crona19 atau ini kerana saya depression atau masalah makanan…apakah ubat yg harus saya makna atau perlukah sy ke hospital ? Sy buntu… badan saya juga sering masuk angin… adakah kerana terlalu stress

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Mendengar gejala yang anda nyatakan seperti terdapat sesuatu pada tekak dan gangguan emosi, gejala ini bukanlah sesuatu yang dinyatakan oleh pesakit COVID-19 seperti diatas.
Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.**
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini