Sulit
5 tahun
Tekak tidak selesa tapi tidak sakit..Sesak nafas dan batuk pun tidak
Sy ada allergic rhinitis since 2018 masa tu sy berumur 21 tahun…skrg ni saya ada masalah which tekak saya x sakit tp sy rasa x selesa since sy terhidu bau asap which jiran sy mmbakar…tekak sy gatal so sy minum air yg bnyk tp bila sy tlmpau bnyak minum air.tekak sy rasa x selasa…mcm ada something …tp.x sakit dr…sy risau dr…knp boleh jd mcm ni?bahaya x dr?
5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Untuk makluman anda, sakit tekak boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan termasuklah:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- dehidrasi dan cuaca panas
Memandangkan anda mempunyai sakit tekak anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.**
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































