
azamin7520
5 tahun
Tekana darah tinggi
Pening tiba tiba dan tekanan darah tinggi selepas bersalin 4 bulan. Iaitu pada 1.1.2020 jam 10 mlm

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Sekiranya anda mempunyai alat tensimeter di rumah, dan mendapati bacaan tekanan darah anda meningkat melebihi 120/80 mmHg disertai gejala-gejala tambahan seperti sakit kepala, pengsan, muntah dan sebagainya, silakan untuk segera ke unit kecemasan hospital.
Namun, untuk konsultasi tentang penyakit kronik tekanan darah tinggi, boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.