
g-10352713
5 tahun
Tekanan darah naik bila ke hospital atau klinik
saya wanita berumur 35 tahun, saya ada masalah bile ke klinik atau hospital, sy selalu berdebar dan menyebabkan tekanan darah sy akan naik, adakah ini normal? atau sebaliknya… tp jika di rmh, bila sy check tekanan darah sy adalah normal… mohon pencerahan doktor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini normal untuk berlaku kepada segelintir pesakit. Ia dipanggil sebagai ‘White Coat Hypertension’
Oleh itu, bagi mengelakkan masalah ini. Anda disarankan:
- Melakukan perkara yang boleh mengelakkan kebimbangan yang anda alami seperti menarik nafas dan menghembus secara perlahan.
- Tunggu sebentar sebelum anda mengambil tekanan darah
- kadang-kala situasi di klinik agak merimaskan, anda boleh meminta doktor mengambil tekanan anda di kawasan yang tidak ramai pesakit lain jika ada.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.