
sitinurain5136
5 tahun
Tekanan darah rendah & keputihan
Assalamualaikum dan salam sejahtera Dr.
Saya wanita berusia 23 tahun. Saya mempunyai 2 persoalan.
Adakah tekanan darah pada 93 mmHg dikategorikan sebagai tekanan darah rendah?
Saya mengalami masalah keputihan yang teruk dan menyebabkan kegatalan. Saya pernah ke pusat kesihatan di universiti dan menceritakan masalah yang dialami. Pihak pusat kesihatan kelihatan mengabil remeh tentang perkara ini dan hanya memberikan ubat sapu (candid cream). Adakah saya perlu ke Klinik Kesihatan kerajaan untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik? Dan bolehkan saya tahu masalah keputihan ini akan memberi kesan negatif terhadap kesihatan dalaman saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berkenaan dengan soalan pertama anda, sila nyatakan sama ada tekanan darah yang anda maksudkan adalah nilai diastolik atau systolik. Untuk makluman anda julat tekanan darah normal adalah antara 90-130/ 60-90
Soalan kedua anda pula berkenaan dengan keputihan. Untuk makluman pihak anda, gejala keputihan biasanya adalah sesuatu yang normal bagi wanita. Namun keputihan yang banyak, berbau, menyebabkan kegatalan dan sebagainya boleh menandakan masalah seperti jangkitan kulat, jangkitan penyakit kelamin, radang faraj, bakterial vaginosis dan sebagainya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.