
Anonymous
2 tahun
Tekanan Darah rendah
Salam dok , saya nak Tanya baru2 ni saya bawa ibu saya pergi cek Sarah Di farmasi, tekanan darH ibu saya 107/68 ada kah itu normal bg umur 59? Sbb saya risau ibu saya tekanan darah rendah

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Tekanan darah rendah biasanya didefinisikan sebagai tekanan darah di bawah bacaan normal, biasanya di bawah 120/80 mmHg. Manakala, tekanan darah rendah yang bacaan kurang dari 90/60 dan memerlukan rawatan/pemerhatian doktor.
Terdapat tiga jenis tekanan darah rendah iaitu:
- Ortostatik
- Neural
- ‘Shock’
Hipotensi ortostatik biasanya disebabkan oleh:
- Dehidrasi
- Mengandung
- Masalah jantung
- Anaemia
- Jangkitan kuman
Ubat-ubatan untuk tekanan darah tinggi juga boleh menyebabkan masalah ini. Hipotensi neural pula berlaku apabila otak dan jantung tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Hipotensi disebabkan ‘shock’ pula adalah tanda klinikal utama apabila seseorang mempunyai sepsis atau jangkitan kuman yang teruk ataupun pendarahan yang berlebihan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.