
nuha1611
5 tahun
Tekanan darah tidak normal
Assalamualaikum Dr.
Selamat pagi…Saya wanita berusia 37 thun.Saya mengalami masalah tekanan darah tinggi.Perkara ini seringkali berlaku apabila saya tidak mendapat tidur yg cukup dan berkualiti pada waktu malam…Tekanan darah saya mencapai 140/100…Saya tidak mengambil apa2 ubat sebelum ini… Kebiasaannya, tekanan darah saya kembali normal apabila saya cukup rehat dan cukup tidur, yg mengambil masa 1 minggu lebih…Tekanan darah saya juga berbeza bacaannya jika diambil dalam keadaan baring dan duduk.Buat pengetahuan Dr. Saya baru sahaja lepas pantang. Adakah berbahaya keadaan tekanan darah saya sekarang? Apakah penyelesaian terbaik utk saya Dr.? Terima kasih Doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sebetulnya, terdapat beberapa keadaan yang mana perubahan atau kenaikan tekanan darah dapat dikatakan normal. Antara kondisi tersebut adalah:
- Aktiviti fizikal seperti bersenam
- Sedang dalam kesakitan seperti luka
- Saat berubah posisi seperti dari baring ke berdiri
- Stres
Untuk makluman anda, diagnosa tekanan darah tinggi akan diberikan apabila seseorang itu mempunyai tekanan darah tinggi yang berterusan pada beberapa kali pengukuran tekanan darah. Agar mendapat diagnosis, adalah amat digalakkan untuk anda memeriksakan diri ke doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.