
Sulit
4 tahun
Tekanan darah Tinggi atau anxiety
Hai dr saya wanita berumur 27 tahun…sebelum ni sye pernah ade history tekanan darah >140 /90 kerana ketika itu sye mngalami migraine yg kerap… Sye mc 6 hari dan bp saya kembali normal…tetapi setiap kali sye mghadiri appoimen klinik sya berdebar2 sehingga tekanan darah >150/80…tetapi bila dirumah bp sye kembali normal…perkara ni menyebab kn sye mnjadi takut setiap kali tekanan darah dilakukan…sehigga kadang kala dirumah setiap kali ambil tekanan darah sya akan berdebar2… Mnyebab tekanan darah sye perlu diambil 2 kali bru ianya normal…disini sye ingin bertanya adakah saya benar2 mengalami hpt atau ianya anxiety?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Migrain
- Tension headache
- Masalah jantung atau kardiovaskular
- Masalah psikologi:
- Stress
- Keresahan (anxiety)
- Kemurungan (depression)
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan sama ada ia berpunca daripada masalah darah tinggi sahaja ataupun berpunca dari sebab lain kerana maklumat lanjut adalah diperlukan dan pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah perlu untuk mencapai diagnosis dan seterusnya rawatan akan diberikan kepada anda berdasarkan diagnosis doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.