
Sulit
2 tahun
Tekanan darah tinggi di usia muda
Saya lelaki berusia 33 tahun dan telah didiagnos menghidapi darah tinggi (160/90 tanpa ubat). Saya telah mengambil Amlodipine 5mg sejak Ogos 2019 namun telah diberikan Amlodipine 10mg sejak semalam kerana pening yang teruk. Doktor menasihati saya untuk bertukar kepada Micardis 40/12.5mg memandangkan usia yang masih muda. Namun saya telah membuat carian Google dan mendapati banyak kesan sampingan ubat tersebut. Ubat yang manakah lebih sesuai untuk saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ubat Micardis biasanya digunakan untuk merawat masalah:
- Ubat tekanan darah tinggi
- Pesakit strok
- Mengurangkan risiko serangan jantung
Setiap ubat akan ada kesan sampingan masing-masing. Banyak faktor yang perlu untuk dipertimbangkan bagi bagi mengetahui kesesuaian ubat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.