
Sulit
4 tahun
Tekanan darah tinggi pada waktu malam
Salam sejahtera doktor. Mak sy berumur 56tahun. Mak sy mengalami tekanan darah tinggi pada waktu malam serta sakit kepala menyebabkan tidak dapat tidur malam. Siang tekanan darah normal. Sebelum ini mak sy pernah ambil ubat kolestrol Simvastatin 20mg dan ubat hpt iaitu amlodipine 5mg tetapi telah dihentikan pada November 2020 atas nasihat doktor kerana keadaan mak sy katanya normal. Apakah tindakan yg perlu kami lakukan sekiranya tekanan darah mak sy tinggi pada waktu malam?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai/Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami/atas soalan yang diajukan
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Stres
- Tekanan darah yang tidak terkawal
- Masalah jantung
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda dan ia juga boleh disebabkan oleh sebab lain yang tidak disebut di atas. Disebabkan tekanan darah beliau meningkat, mengalami sakit kepala dan tidak mengambil ubat, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana masalah tekanan darah tinggi tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan organ lain sekiranya tidak dikawal.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.