
Sulit
5 tahun
Tekanan Darah Tinggi yang tidak normal
Saya wanita dalam usia 37 tahun…saya mengalami tekanan darah yang tidak normal…perkara ini berlaku apabila saya tidak mendapat tidur malam yang mencukupi…dan tidur di siang hari…tekanan darah saya tidak normal , bacaan boleh mencapai 140/100. Bacaan tekanan darah saya juga berbeza jika diambil dalam keadaan baring dan duduk.Jika dalam keadaan baring, bacaan lebih rendah dan jika dalam keadaan duduk, bacaan lebih tiggi…Boleh doktor terangkan , mengapa dan jalan penyelesaian yang terbaik utk saya…Terima kasih Doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, tekanan darah adalah suatu bacaan yang dinamik. Tekanan darah berubah dan dipengaruhi banyak faktor. Postur atau kedudukan yang berbeza turut memberi bacaan yang berbeza. Anda boleh hubungi kami untuk mempelajari cara mengambil bacaan yang betu di rumah. Anda tetap dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital sekurang-kurangnya setahun sekali.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.