
Hanaghazali
6 tahun
Tekanan Darah Tinggi
Saya berumur 24 tahun. Baru baru ni doktor mendapati saya mengalami masalah darah tinggi iaitu hari. Pertama 159/80 mmHg. Hari kedua 150/88 mmHg, hari ketiga n keempat 144/100 mmHg. Saya juga telah menjalani pemeriksaan makmal iaitu ujian darah dan air kencing… Keputusan yang diterima adalah normal… Kenapa tekanan darah diastolic sy makin menaik manakala systolic makin menurun? Adakah tekanan darah sebegini boleh menyebabkan strok ataupun serangan jantung… Macam mana saya mahu kurangkan tekanan darah selain drp makan ubat?

6 tahun
Hai, terima kasih atas soalan anda.
Terdapat banyak jenis tekanan darah tinggi:
- “Primary atau (Essential) Hypertension” - Bagi jenis ini, tiada punca yang dapat dkenal pasti dan adalah paling banyak berlaku dalam kalangan pesakit
- “Malignant Hypertension” - Tekanan darah tinggi yang naik mendadak dan boleh menyebabkan kerosakan organ - organ dalam badan
- “White coat Hypertension” - Tekanan darah yang tinggi di klinik tetapi normal di rumah
- “Secondary Hypertension” - Tekanan darah tinggi akibat penyakit lain seperti kerosakan buah pinggang atau penyakit “endocrine” seperti Cushing’s Syndrome
- “Isolated systolic hypertension” - Tekanan darah yang tinggi pada systolic sahaja. "Isolated diastolic juga boleh berlaku namun sangat jarang dilaporkan.
Dalam kes anda, meskipun tekanan diastolik anda meningkat dan systolik anda semakin menurun, tetapi ia masih dalam julat yang tinggi. Tekanan darah tinggi dalam apa jua jenis boleh meningkatkan risiko strok dan serangan jantung.
Selain ubat, anda boleh mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup yang sihat seperti bersenam. Dapatkan tidur dan rehat yang cukup dan kurangkan tekanan. Namun bantuan ubat adalah amat diperlukan sehingga tekanan darah anda stabil.
Untuk keterangan lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah bagi mendapatkan pandangan tentang tekanan darah tinggi anda. Terima kasih.