
lady4lan
2 tahun
Tekanan darah yang rendah
Saya berumur 38 tahun.
Tekanan darah saya 100/54. Adakah itu merbahaya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Bacaan tekanan darah yang hanya dibuat sekali sahaja tidak menandakan maksud apa-apa melainkan anda mempunyai gejala-gejala berkaitan dengan bacaan tekanan darah anda. Bacaan yang anda berikan adalah sedikit rendah dari bacaan normal iaitu 110-130/75-89. Sekiranya anda kerap mempunyai gejala seperti pening kepala, badan rasa lemah serta rasa hendak pitam, anda dinasihatkan untuk merujuk masalah ini dengan segera bagi menyiasat punca tekanan darah rendah dan gejala yang anda alami. Sekiranya anda mempunyai soalan berkenaan kesihatan anda, anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.