
Sulit
5 tahun
Telat haid selepas makan ubat postinor. pada 19 hb sy baru hbis period dan pada 20 hb sy ada bersama husbnd sy
Pada 20 hb sy dan husbd sy ada bersama dan tidak sengja trpncut dlm . selepas 3 jam sy makan ubat postinor dan selanh 12 jam sy mkn lagi 1 pil . selepas 3 hari sy mengalami drh seperti haid selma 5 hari . tetapi pada 19 hb sy baru saja hbis period . pada bulan 4 ini period sy sepatutnya pada 14 hb tetapi smpai skrng blm dtg lagi

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Informasi dengan lebih lanjut tentang pil perancang kecemasan boleh didapati di bawah.
Pil perancang kecemasan tidak dimaksudkan sebagai kaedah kontrasepsi biasa. Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
Dianggarkan bahawa pil perancang kecemasan akan menghalang 85% kehamilan yang tidak diharapkan. 95% kehamilan dijangkakan dapat dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Tidak diketahui sama ada pil perancang kecemasan berkesan jika diambil lebih daripada 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Kemungkinan anda sedang mengalami kesan sampingan pil ini kerana kebarangkalian untuk hamil setelah datang haid amat rendah. Namun, anda disarankan untuk menjalani ujian kehamilan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih