
syafikaerryna4
5 tahun
Telinga discharge cecair merah dan gatal2
Saya ada surgery background radical modified mastoidectomy bulan 10 lepas… Harini saya dapati telinga saya discharge liquid warna merah dan telinga saya rasa gatal kat ear canal… Adakah perlu dapatkan rawatan selanjutnya… Dimana perlu saya rujuk

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kemungkinan besar cecair merah yang keluar adalah merupakan darah yang merupakan kesan dari pembedahan yang telah anda jalani atau akibat jangkitan telinga di daerah itu. Justeru, sebaiknya anda merujuk ke doktor agar dapat diperiksa lanjut dengan lebih teliti dan dapat dilihat langsung kondisi telinga anda. Anda boleh merujuk mana-mana doktor ataupun langsung ke doktor pakar telinga (ENT).
Untuk info dan maklumat lanjut serta untuk merujuk doktor, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.