azzaraei89
4 tahun
Telinga tersumbat akibat slesema 2 mnggu
Saya nak bertanya dokter saya batuk dan slesama dan berkahak berhingus sehingga bewarna hijau likat dah ke klinik dan on antibiotik semua dalam masa itu telinga saya rasa tersumbat kurang dengar hampir 2 minggu.
Batuk dan slesema dah ok sikit tapi telinga yang yeng sumbat masih tidak dengar malah makin kurang dengar.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Gejala telinga tersumbat yang anda alami ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Kumpulan cecair dalam telinga (Otitis Media with Effusion)
- Jangkitan dalam telinga
- Kesan selalu mengorek telinga menggunakan putik kapas - menyebabkan kumpulan tahi telinga yang sukar dikeluarkan
- Masalah tiub penghubung telinga dan kerongkong (Eustachian Tube) tersumbat - boleh terjadi akibat demam dan batuk berkaha yang dialami sebelum ini
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.