anis30101997
4 tahun
Telinga tetiba tak dengar sebelah
Saya bangun tidur semalam tetiba telinga saya rasa macam tersumbat dan takdpt mendengar dgn jelas di sebelah kanan . Apa masalah yang saya hadapi sekarang ea doktor ?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala telinga tersumbat ini boleh disebabkan:
- Kemasukan bendasing atau serangga
- Tahi telinga mengeras
- Resdung
- Jangkitan dalaman telinga
- Masalah tiub dalam telinga
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.