
Sulit
2 tahun
Telur bahagian kiri senak
Sy umur 30 thun…dan ada msalah kencing x lawas dn ada kala keruh…dan masa skrg sy ada masalah telur zakar saya sakit senak dibahagian kanan…apakah puncanya dn ubat apa yg perlu sy mkn…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala senak pada buah zakar yang anda alami boleh disebabkan:
- testicular torsion - buah zakar berbelit
- epididymitis - keradangan tiub yang membawa sperma
- orchitis - akibat jangkitan virus atau bakteria
- Angin pasang (hernia)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan segera kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.