Sulit
4 tahun
Telur bengkak sebelah kanan
pagi2 telor selalu sakit2. Kdg2 bengkak blah kanan. Lepas mandi terlalu penat rase nye. Paru2 terase mcm tak tau la mcm mna nak ckap , tpi sakit…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Angin pasang
- Sista
- Varicocele (kumpulan darah dalam urat sekeliling)
- Spermatocele (kumpulan air mani)
- Hydrocele (kumpulan cecair)
- Penyakit radangan
- Ketumbuhan
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Urologi.


























