
Sulit
4 tahun
Telur rasa senak dan sakit
Saya zul berumur 30 tahun masalah saya berasa senak di telur bila jalan saya akan rasa sakit duduk pun sakit… Urat ditelur kanan saya bengkak… Apakah saya mempunyai sakit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Secara umum, masalah yang sering melibatkan buah zakar (testis) adalah:
- testicular torsion - buah zakar berbelit yang mana masalah ini adalah kecemasan sehingga memerlukan anda untuk segera mengunjungi doktor
- epididymitis - keradangan tiub yang membawa sperma
- orchitis - akibat jangkitan virus atau bakteria
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera jika masalah ini mengganggu aktiviti harian anda. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih