
Sulit
2 tahun
Telur testis sebelah kiri lebih besar dari kanan
salam doc,saya mempunyai masalah telur kiri besar sebelah dari kanan, tapi tidak sakit cuma ad urat urat yang besar di sebelah kiri berbanding kanan,saya sangat risau jika ialah angin pasang?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkenaan dengan masalah kebesaran testis dan kemunculan urat urat besar. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Varikokel
- Hidrokel
- Epididimitis
- Orkitis
- Barah testis
- Hematosel
- Hernia inguina
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor terutamanya jika anda mula mengalami simptom seperti kesakitan kuat, muntah, tidak boleh buang air besar dan angin, kerana ia mungkin menandakan masalah yang serius dan perlukan rawatanm segera. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.