
attobarihalim
5 tahun
Telur zakar senak di zebelah kiri
Saya lelaki berumur 24 tahun. Sya adalah salah seorang pedakit buah pinggang yg sudah menjalani pembedagan transplant selama 12 thun… Baru2 ni telur zakar sebelah kiri saya tiba-tiba senak. Kmudian die akan elok. Besok hari sakit semula. .adakah ini normal bagi lelaki kerana perkara ini belum pernah terjadi kepada saya.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala senak pada buah zakar boleh disebabkan:
- Testis terbelit
- Angin pasang atau hernia
- Varikosele - saluran udara testis mengembang
- Orkitis - keradangan buah zakar
- Kista (cyst) epididimis
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.