
Sulit
3 tahun
Tempat luka lepas bersalin masih belum sembuh ada kemerahan isi
assalamualaikum sy nak tanya .sya bru lepas bersalin dah 2bulan lebih tp tempat luka masih blm sembuh ada kemerahan isi . kemarahan semakin membuat buat . macamana ye doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah luka selepas bersalin anda yang masih belum sembuh. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan luka anda lambat untuk sembuh. Antaranya adalah:
- Peredaran darah ke kawasan luka yang tidak mencukupi
- Kulit terlalu kering
- Jangkitan atau infeksi
- Pengambilan makanan yang tidak betul
- Obesiti
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.