
Sulit
2 tahun
Tempat sulit berdarah
Saya wanita berumur 26 tahun,masalah saya setiap kali bersama suami keluar darah dari tempat sulit saya tapi saya tidak berasa sakit.Saya berasa takut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan anda, masalah pendarahan ketika bersama boleh disebabkan oleh beberapa punca. Antaranya adalah:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Jangkitan kulat candidiasis
Penyakit ini biasa berlaku kepada para wanita, dan menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks. - Fibroid
Fibroid merupakan ketumbuhan yang berlaku dalam lapisan otot rahim. Hal ini biasanya berlaku dalam wanita selepas umur 30 tahun dan biasanya tidak membawa gejala.
Apabila menunjukkan gejala, fibroid boleh mengakibatkan gejala seperti pendarahan yang banyak dan senggugut. Fibroid yang tumbuh di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat yang selanjutnya adalah diperlukan seperti maklumat tentang latar belakang kesihatan anda. Pemeriksaan dan ujian yang selanjutnya juga diperlukan untuk mendapatkan pengesahan.
Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.