
Sulit
4 tahun
Tempoh benjolan buasir untuk sembuh. Adakah benjolan akan sembuh dengan sendirinya? Perlukah saya menolak masuk benjolan buasir itu?
Hai Doktor. Saya mengalami buasir. Ianya adalah benjolan sahaja, tidak terdapat pendarahan. Saya telah berjumpa doktor di hospital. Doktor telah menolak kembali benjolan tersebut kedalam tetapi ianya keluar kembali selepas saya pulang, seperti yang doktor jangkakan. Saya mengambil ubat dan mengamalkan apa seperti yang disarankan oleh doktor. Selepas 4 hari,rasa sakit sudah berkurangan dan agak selesa untuk bergerak kecuali ketika membuang air besar, masih terasa sedikit sakit. Cuma benjolan tersebut masih belum mengecut. Adakah ianya akan mengecut dan sembuh dengan sendiri? Perlukah saya menolak ianya masuk kembali?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah buasir boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berat badan berlebihan
- Gaya hidup santai dan kurang senaman
- Cirit birit atau sembelit kronik
- Duduk terlalu lama di tandas
- Kurang sayuran dalam pemakanan
Untuk merawat punca masalah buasir yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.