
Sulit
5 tahun
Tempoh datang bulan yang sangat lama
saya wanita berumur 31 tahun,sudah berkeluarga dan mempunyai 4 orang cahaya mata.anak saya yang terakhir berumur 1 tahun 5 bulan.sepanjang anak saya menyusu badan,saya tidak pernah keluar darah haid.tapi selepas anak saya berhenti menyusu pada umurnya 1 tahun 1 bulan,haid saya mula keluar.tapi sehingga sekarang masih keluar walaupun sudah hampir 4 bulan.adakah normal begitu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi selama 2 hingga 8 hari. Lama haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid berlangsung lebih dari 8 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Merujuk kepada sewaktu menyusukan, untuk pengetahuan anda proses menyusukan adalah satu bentuk pencegahan kehamilan natural yang boleh dialami. Memandangkan masalah haid anda telah berlangsung selama berbulan-bulan, jika dibiarkan, dikhuatiri hal ini dapat menyebabkan anda mengalami kekurangan darah, lemah, cepat letih, sesak dan sebagainya. Justeru, adalah digalakkan untuk merujuk doktor supaya masalah anda dapat diatasi.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.