
Sulit
4 tahun
Tempoh hari period sedikit
hi, saya wanita berumur 20 thn , saya mengalami masalah haid , haid saya tidak cukup 7 hari , hari ketiga haid darah dh tkde . kenapa ya ? adakah itu normal ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda. Untuk makluman anda, adalah normal untuk mempunyai aliran haid selama tiga hari kerana tempoh aliran haid untuk wanita yang normal adalah di antara 2 hingga 7 hari. Walaupun begitu, terdapat beberapa sebab juga di mana kitaran haid wanita boleh menjadi tidak normal, seperti:
- Tekanan emosi atau stres
- Ketidakstabilan hormon
- Berat badan berlebihan
- Sindrom polisistik ovari
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengenai keadaan anda, sekiranya keadaan anda berlarutan dan mengganggu anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya puncanya dapat dicari dan anda dapat diberikan rawatan.
Cadangan kami yang lain pula adalah anda boleh merekodkan kitaran dan aliran haid anda di dalam diari ataupun aplikasi telefon pintar supaya ia boleh memudahkan rujukan anda dan doktor dalam mengenal pasti sama ada anda mempunyai masalah berkenaan haid ataupun tidak.
Anda masih risau tentang masalah haid anda? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda juga boleh menghubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan mengenai keadaan anda daripada doktor pakar kami yang bertauliah. Terima kasih.