
Sulit
5 tahun
Tempoh pengambilan pil perancang
saya berumur 36 tahun dan tidak lagi berhasrat untuk mengandung. bolehkah saya mengambil pil perancang dalam tempoh yang lama.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Secara umum, pengambilan pil perancang adalah tidak memudaratkan sehingga anda menopause. Setelah menopause, adalah lebih baik untuk berhenti mengambil pil perancang melainkan sekiranya anda mempunyai beberapa kondisi kesihatan yang lain.
Untuk info dan maklumat lanjut, anda boleh merujuk doktor, silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.