
Sulit
4 tahun
Tempoh penyembuhan jahitan luka episiotomi yang terbuka selepas pengambilan antibiotik
ai doktor… adakah luka jhitan episiotomi yg terbuka akan sembuh sendiri selepas pengambilan antibiotik yg diberi oleh doktor? dan berapa lama ia mengambil masa untuk sembuh dan bercantum semula? saya diberi antibiotik capsule cloxacillin 500mg 4x sehari.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana berhubung dengan kami untuk bertanyakan soalan Puan. Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah atas kelahiran anak Puan.
Untuk makluman Puan, antibiotik diberikan kepada Puan sebagai langkah pencegahan daripada jangkitan kuman berlaku setelah berlaku proses bersalin dan episiotomi. Antibitok yang telah dipreskripsi hendaklah dihabiskan.
Penjagaan kesihatan wanita penting untuk kesihatan berpanjangan !
Luka episiotomi pula akan sembuh secara natural dan sendiri. Luka ini biasanya mengambil masa sebulan untuk sembuh sepenuhnya. Sekiranya Puan mengalami sakit atau pendarahan tanpa henti di bahagian luka, Puan boleh menghubungi Doktor yang merawat Puan untuk rawatan lanjut.
Dapatkan nasihat Pakar Sakit Puan tentang luka episiotomi anda .
Puan juga boleh berhubung dengan kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan khidmat konsultasi secara peribadi dengan Pakar. Terima Kasih.