
Sulit
5 tahun
Tengah dada seperti rasa ditekan
Helo doctor, semalam masa saya mandi pagi, saya terasa dada saya seperti ditekan/ketat sehingga malam, ia datang dan pergi, lengah tak sakit, pernafasan saya okay, adakah angin naik ke dada sebab saya tidak makan pagi? atau anxiety, kerana saya selalu overthinking and fikir benda yang bukan bukan. Saya tidak merokok, ahli keluarga saya ada darah tinggi, saya bersenam at least one in a week.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit dada yang dihadapi. Seperti yang anda jelaskan di atas, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
Gangguan emosi seperti panic attack
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.Terima kasih.