Sulit
3 tahun
Tentang perancang keluarga
Saya risau sbb baru stop dari injection…lepastu period saya cuma datang sikit2 saja kadang ada kadang xde…Saya risau stop injection terus hamil…
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, anda boleh hamil seawal 3 ke 4 bulan selepas berhenti mengambil suntikan depo namun sesetengah wanita mengambil masa sehingga 2 tahun untuk hamil selepas berhenti mengambil suntikan tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.