
Sulit
5 tahun
Terasa ingin kencing ketika ereksi
Umur 20 … kenapa bila keadaan ereksi … terasa nak kencing … padahal sebelum ereksi tak rasa nak kencing. Adakah ini normal?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keadaan ini berlaku boleh disebabkan kerana anda berasa lebih gemuruh dan ini menyebabkan hormon yang menyebabkan sesorang berasa hendak kencing juga dirembeskan. Faktor lain ialah keradangan pundi kencing akibat jangkitan kuman atau batu karang. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.